Search

Kenapa saya nak menulis pasal isu mencari calon da...

  • Share this:

Kenapa saya nak menulis pasal isu mencari calon dan poligami?

Antara sebab saya menulis tentang isu perkahwinan dan poligami adalah kerana apabila berdakwah kepada Belum Muslim, saya sering dilontarkan soalan begini selain melihat kegagalan ramai manusia untuk membincangkan isu ini secara rasional baik dari lelaki mahupun perempuan.

Lelaki ada yang sokong dan ada yang neutral dan tidak terkejut ada yang menentang begitu juga dengan perempuan.

Ada Muslim yang ingin murtad juga disebabkan dilontarkan soalan-soalan berkaitan dengan hak wanita dan juga isu poligami. Tujuan penulisan bukannya untuk mempromosi atau menentang tetapi agar masyarakat kita membaca dan melihat dari sudut yang objektif serta rasional.

Saya masih ingat semasa mengadakan kursus dakwah di Bogota, Colombia pada 2018. Saya membuka sesi khas soaljawab kepada peserta perempuan kerana mereka lebih aktif bersoaljawab.

99% dari satu jam yang diperuntukkan digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk mengajukan soalan bertalu-talu tentang POLIGAMI. Ya POLIGAMI. Majoriti peserta adalah wanita Colombia yang baru memeluk Islam dari beberapa bulan kepada beberapa tahun. KESEMUA mereka menolak poligami!

Mereka bertanya kepada saya;

"Hermano, ¿sabes por qué los hombres de Colombia no pueden casarse con un máximo de cuatro esposas?"
(Brother, do you know why Colombia men cannot marry maximum four wives?)

Saya juga nak tahu jawapan kepada soalan itu, maka saya bertanya;

"Por favor comparte conmigo por qué. ¡Quiero saber la respuesta también!"
(Please share with me why. I want to know the answer too!)

Mereka menjawab;

"Es porque una mujer colombiana es equivalente a cuatro mujeres."
(It is because we one Colombian woman is equivalent to four women)

Wow, jawapan yang mengejutkan saya. Saya tidak cuba untuk convince mereka kerana tugas hanya mendidik agar mereka boleh berhadapan dengan masyarakat Belum Muslim Colombia serta sanak saudara mereka yang mengajukan soalan poligami kepada mereka.

Diringkaskan cerita, 99% masa satu jam hanya digunakan bersoaljawab isu poligami sahaja!

Setelah tamat bengkel dan kami ingin bertolak pulang ke Malaysia, kesemua peserta wanita yang pada awalnya menolak poligami datang kepada kami dan berkata;

"Ahora entendemos sobre la poligamia. Hermano, por favor encuéntranos un buen esposo. Podemos aceptar la poligamia ahora después de escuchar su explicación. Allah abre nuestro corazón para escuchar y aceptarlo ahora."

(Now we understand about polygamy. Brother, please find us a good husband. We can accept polygamy now after listened to your explanation. Allah open our heart to listen and accept it now)

Hebat bukan Allah mengubah hati manusia dalam sekelip mata bagi mereka yang terbuka mendengar dan memahami.

InshaAllah apabila ada ruang dan masa, saya kongsikan pro & con serta menjawab salahfaham agar kita dapat menerangkan kecantikan syariat Islam kepada semua manusia. InshaAllah...


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts